CRISTIANO Ronaldo, 34, begitu dikenali sebagai legenda dalam dunia sukan. Beliau bukan sahaja meraih anugerah berprestij Ballon d'Or sebanyak lima kali, malah mendominasi perlawanan Liga Perdana Inggeris, La Liga dan Serie A. Terdahulu, penyerang kelahiran Portugal itu mendedahkan pelan dietnya bagi membentuk six pack pada perutnya. Jadi, apakah yang beliau amalkan untuk berehat? Menurut seorang guru tidur, Nick Littlehales, Ronaldo mengikuti rutin yang luar biasa untuk mendapatkan rehat yang cukup sebelum perlawanannya. Bintang bola sepak itu diberitahu supaya mengambil masa selama 90 minit sebanyak lima kali sehari pada kedudukan yang selesa. Ronaldo turut diberitahu untuk berhenti melihat pada mana-mana skrin selama satu setengah jam sebelum waktu tidur. Amalan tersebut bagi memastikan beliau mampu memberikan prestasi yang terbaik. - Daily Star