suria

Bonus menanti Mourinho jika layak ke Liga Juara-Juara musim depan

Mourinho dijanjikan bonus jika berjaya membawa skuad ke aksi Liga Juara-Juara musim depan.

PENGURUS baharu Tottenham Hotspur, Jose Mourinho bakal mendapat bonus 2 juta paun (RM11juta) jika berjaya membawa skuadnya layak beraksi ke Liga Juara-Juara musim depan.

Mourinho akan menerima bonusnya itu jika berjaya berjaya menyempurnakan misi yang kelihatan mustahil itu selepas menggantikan Mauricio Pochettino November lalu.

Spurs kini mengumpul 11 mata dengan berada di tangga kelapan dan pihak pengurusan tertinggi kelab bergantung harap kepada Mourinho untuk memastikan mereka berada dalam kelompok empat terbaik.

Pengerusi kelab, Daniel Levy dikenali sebagai seorang yang tidak lokek untuk memberi bonus selepas sasaran dicapai.

Spurs juga kini agak sedikit 'tempang' apabila salah seorang 'ayam tambatan' mereka Harry Kane dibelenggu kecederaan.

Namun Mourinho tidak mengambil masa lama untuk mencari penggantinya dengan mengikat Gedson Fernandes dari Benfica sekaligus dapat menguatkan lagi barisan pemain-pemain Mourinho.

Selain itu, penyeang AC Milan Krzysztof Piatek juga dalam perhatian Spurs namun dalam masa sama lebih cenderung mendapatkan penyerang Porto, Ze Luis. - dailymail.co.uk

Jose Mourinho, Spurs, Levy, Bonus

Artikel Lain