PENJAGA gol Manchester United, Sergio Romero, terlibat dalam kecelakaan jalan raya apabila kereta mewah yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran lokasi latihan pasukannya di Carrington, Manchester. Dalam foto-foto yang tersebar di media sosial, kelihatan Lamborghini milik Romero remuk teruk akibat melanggar pembahagi jalan. Menurut laporan Daily Mail, Romero tidak mengalami kecederaan serius, di mana sebuah video memperlihatkan dia masih boleh berjalan berhampiran keretanya. Kecelakaan tersebut berlangsung hanya beberapa jam setelah Manchester United tewas 0-2 di tangan Liverpool. Romero bertindak sebagai pemain pengganti selama perlawanan berlangsung. Romero yang merupakan pemain antarabangsa Argentina, dipercayai membeli kereta itu pada 2017 tidak lama selepas United mengalahkan Southampton untuk memenangi Piala Liga di Wembley. Pemain berusia 32 tahun itu meyertai United sejak 2015. - Dailymail.co.uk