PEMAIN-pemain bola sepak dunia turut memberi penghormatan kepada legenda bola keranjang dunia, Kobe Bryant selepas disahkan terbunuh dalam satu nahas helikopter pada Ahad. Bekas pemain Los Angeles Lakers itu terbunuh bersama anak perempuannya berusia 13 tahun, Gianna serta beberapa orang lain yang berada dalam nahas yang berlaku di Calabasas, California. Penyerang Manchester City, Raheem Sterling turut memuat naik stauts di Twitternya 'Rest easy legend'' bersama sekeping gambar Kobe yang berusia 41 tahun itu. ARTIKEL BERKAITAN: Legenda bola keranjang, Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter Bintang Manchester United, Marcus Rashford juga tidak ketinggalan berkongsi berita sedih itu: 'A true inspiration in the sporting industry. RIP legend.' Pemain Paris Saint-Germain Kylian Mbappe berkongsi kesedihan susukan kematian Kobe. Gareth Bale dan Mohamed Salah juga antara bintang bola sepak dunia yang turut berkongsi penghormatan kepada Kobe susulan kejadian tersebut. Menurut laporan mirror , Kobe dan anak perempuannya yang dikenali Gigi dalam perjalanan ke tempat latihan di lokasi berdekatan Thousand Oaks. Gigi sentiasa dilihat bersama bapanya itu menonton perlawanan bola keranjang. Kobe bersama isteri dan anak-anaknya. Kobe sentiasa menggunakan helikopter miliknya S-76 untuk ke tempat perlawanan di Staples Centre yang menjadi stadium utama LA Lakers. Isterinya Vanessa dipercayai tidak bersama mereka. Selain Gigi, Kobe turut mempunyai tiga orang lagi anak perempuan Natalia, Bianca dan bayi, Capri. - Dailymail.co.uk