PENYERANG Real Madrid, Eden Hazard bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara berdepan Manchester City dan perlawanan Clasico Ahad depan. Ia susulan pemain kelahiran Belgium itu mengalami patah buku lali ketika Madrid tumpas 0-1 kepada Lavante pada Sabtu. Hazard menjalani ujian kecederaan pada pagi Ahad, di mana Madrid mengesahkan tulang di bahagian buku lali kanannya patah. Menurut kelab itu dalam satu kenyataan: "Berikutan ujian yang dilakukan kepada pemain kami, Eden Hazard, tulang di bahagian buku lali kanannya patah. Proses pemulihannya akan terus dinilai". Real tidak mengatakan tempoh berapa lama mereka menjangkakan Hazard akan direhatkan. Namun media di Sepanyol melaporkan pemain berkenaan bakal berehat selama dua bulan. - Dailystar