BEBERAPA perlawanan Serie A di Itali terpaksa ditunda, termasuk pertembungan antara Juventus dengan Inter Milan di Turin. Ia susulan kebimbangan terhadap kes wabak koronavirus atau Covid-19 yang mencatatkan peningkatan di Eropah. Pada awalnya, perlawanan dijadualkan berlangsung secara tertutup namun akhirnya ia diputuskan untuk ditunda. Perlawanan lain yang turut yang dibatalkan termasuk AC Milan vs Genoa, Parma vs SPAL, Udinese vs Fiorentina dan Sassuolo vs Brescia. Tidak seperti di Itali, wabak Covid-19 masih belum terlalu mempengaruhi liga Inggeris, tetapi beberapa kelab sudah mengambil tindakan pencegahan. Misalnya Newcastle United menyarankan para pemain mereka untuk tidak melakukan jabat tangan dalam usaha mengelakkan penularan virus tersebut. Di Itali, negara yang mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi di Eropah, tiga orang pemain di Serie C disahkan dijangkiti wabak tersebut. - Metro.co.uk