TINDAKAN Eric Dier selepas wisel penamat ditiupkan mencuri perhatian media apabila dia dilihat mengejar salah seorang penyokong di tempat duduk penonton. Perlawanan yang berlangsung pada awal pagi Khamis menyaksikan Tottenham Hotspur tewas menerusi sepakan penalti kepada Norwich sekaligus membuatkan mereka tersingkir daripada saingan Piala FA. Ketika kejadian berlaku, orang ramai tidak pasti apa yang membuatkan Dier begitu marah kepada penyokong tersebut, Namun jurulatih Jose Mourinho memberikan penjelasan mengenai tindakan Dier dalam satu sidang media. Jurulatih kelahiran Portugal itu memberitahu dia tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan tersebut. Penjaga gol Norwich, Tim Krul muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti ketika menentang Tottenham Hotspurs. Foto: AFP "Sebagai pemain profesional Dier tidak boleh bertindak seperti itu tetapi perkara sebegini akan terjadi apabila orang lain menghina anda dan ahli keluarga anda. "Penyokong tersebut menghina Eric (Dier) menyebabkan keluarganya tidak selesa begitu juga Eric," katanya. Keputusan terikat seri 1-1 menyebabkan perlawanan diheret ke penentuan penalti. Erik Lamela, Gedson Fernandes dan Troy Parrott gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas penjaga gol Norwich, Tim Krul muncul wira penyelamat. Norwich selepas ini bakal berdepan sama ada Manchester United ataupun Derby dalam pusingan suku akhir Piala FA. Anak buah Mourinho pula selepas ini akan bertemu Burnley pada Sabtu dan seterusnya bertandang ke Red Bull Leipzig bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah. - Goal.com Full footage of Eric Dier jumping over the stands and going over to confront a fan who was insulting & abusing his brother. Brotherly love, I respect that. pic.twitter.com/5xeSQ8Vj5a — FutbolBible (@FutbolBible) March 4, 2020