suria

Guna pasport palsu, Ronaldinho ditangkap di Paraguay

Ronaldinho (tiga dari kiri) ditahan selepas didakwa menggunakan passport palsu untuk masuk ke Paraguay. Foto: BBC

RONALDINHO dan abangnya, Roberto Assis dilihat hadir di mahkamah atas pertuduhan menggunakan passport palsu untuk memasuki Paraguay.

Pendakwa raya mengatakan adik-beradik itu memberikan dokumen palsu ketika tiba di bandar Asunción pada Rabu lalu.

Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam lokap pada Jumaat.

Pada Julai 2019, passport bekas pemain AC Milan dan Barcelona juga pernah digantung atas kesalahan tidak membayar cukai serta membangunkan sebuah binaan secara haram di dalam hutan simpan di Brazil.

Passport yang digunakan oleh Ronaldinho ini didakwa palsu oleh pihak berkuasa Paraguay. Foto: BBC

"Saya hormati popularitinya sebagai pemain bola sepak, tetapi undang-undang juga perlu dihormati", ujar Menteri Dalam Negeri Paraguay, Euclides Acevedo.

Pemain tengah berusia 39 tahun itu dikatakan pergi ke Paraguay untuk mempromosikan buku dan kempen untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Ronaldinho merupakan Pemain Terbaik Dunia pada tahun 2004 dan 2005 semasa puncak kariernya.

Dia juga pernah menjuarai Piala Dunia pada 2002 bersama bintang-bintang lain seperti Ronaldo dan Rivaldo. - BBC

Ronaldinho, passport, Paraguay

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan