ANCAMAN wabak koronavirus menyebabkan kerajaan Itali mengeluarkan arahan bahawa semua acara sukan di negara tersebut akan berlangsung tanpa kehadiran penonton sehingga 3 April 2020. Sudah tentunya perlawanan tanpa penyokong memberi sedikit kekecewaan buat para pemain. Pada kebiasaannya, ketibaan bas yang membawa pemain akan disambut oleh penyokong-penyokong kelab yang akan meminta swafoto dan tanda tangan pemain. Namun, bintang kelahiran Portugal, Cristiano Ronaldo kelihatan berpura-pura menghulurkan tangan memberi high five selepas turun dari bas yang tiba di Stadium Allianz, Turin. Dia seolah-olah berjenaka kononnya ketibaan itu disambut peminat, sedangkan lokasi itu kosobg gara-gara penularan Covid-19 Presiden Inter Milan, Steven Zhang menyokong langkah kerajaan yang tidak membenarkan penyokong untuk datang ke stadium. "Sebagai presiden kelab, saya tidak boleh membiarkan perkara yang membabitkan kesihatan pemain dan orang awam dalam bahaya. Pemain Juventus meraikan gol pendahuluan mereka yang dijaringkan oleh Aaron Ramsey ketika menentang Inter Milan dalam sebuah perlawanan tertutup. Foto: AFP "Tidak kira perlawanan apa sekalipun, ancaman wabak koronavirus sudah pasti ada di mana-mana. Dalam perlawanan tersebut, pendahulu liga, Juventus berjaya menewaskan Inter Milan dengan jumlah jaringan 2-0. Gol-gol dijaringkan dalam separuh masa kedua oleh Aaron Ramsey pada minit ke-55 dan Paulo Dybala pada minit ke-67. Perlawanan juga dicemari dengan insiden kad merah yang dilayangkan kepada Daniel Padalli pada minit ke-80. - Daily Mail CHIUDETE TUTTO PERCHÉ ABBIAMO UN VINCITORE: CRISTIANO RONALDO pic.twitter.com/HXZpUTvrKF — denise | #finoallafine (@_deenise19) March 8, 2020