suria

Rodriguez bakal tinggalkan Chelsea tamat musim ini

Rodriguez bakal meninggalkan Chelsea selepas kontraknya tamat akhir musim ini.

PEDRO Rodriguez telah mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan kelab yang berpengkalan di London itu pada musim panas ini.

Pemain sayap berusia 32 tahun itu telah memenangi 25 kejuaraan sepanjang kariernya selama 12 tahun.

Bekas pemain Barcelona ini dikhabarkan akan pulang ke Sepanyol setelah prestasinya dilihat tiba ke penghujung namun dia tidak pasti sama ada ia akan berlaku memandangkan penularan Covid-19.

"Saya menamatkan kontrak saya, tetapi saya tidak pasti akan kelab seterusnya.

"Saya sendiri tidak tahu saya akan beraksi buat pasukan mana bagi musim hadapan kerana ia tidak menjadi keutamaan saya buat masa sekarang.

"Saya ada bercakap dengan Jordi (Alba) berkenaan isu wabak yang semakin meruncing ini. Sangat sukar untuk melakukan semua benda.

"Saya tidak dibenarkan untuk pulang berjumpa dengan isteri dan anak-anak saya," ujar Pedro kepada Sport Witness.

Pedro juga menyatakan penghargaannya kepada kakitangan hospital seluruh dunia yang bertungkus-lumus mencegah penularan koronavirus.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital, pegawai keselamatan dan pekerja pasar raya yang sanggup berkorban demi keselesaan orang lain.

"Terima kasih semua, saya berharap kita mampu menghentikan penularan wabak ini," ujarnya. - talksport

Pedro Rodriguez, Chelsea, Kontrak, Tamat

Artikel Lain