WABAK Covid-19 yang melanda memaksa ramai individu untuk duduk di rumah demi mengekang penularannya. Tidak terkecuali, bintang sensasi Cristiano Ronaldo. Memandangkan semua acara suka ditangguhkan buat sementara waktu, dia berada di rumah bersama anak-anaknya. Dia turut berkongsi aktiviti yang dilakukan menerusi laman Instagram Story. Antaranya, Ronaldo mengajar tiga anaknya cara betul untuk mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman. Selain itu, Ronaldo juga tidak lupa bersenam di rumah untuk mengekalkan kecergasan dirinya. Selain Ronaldo, teman wanitanya iaitu Georgina Rodriguez turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan di seluruh dunia khususnya dalam usaha mereka membendung Covid-19 ketika ini. - Goal.com.