PEMAIN duo Spurs, Son Heung-min dan Steven Bergwijn dibenarkan pulang ke negara masing-masing atas sebab peribadi ketika penangguhan Liga Perdana berikutan pandemik Covid-19.
Kelab membuat kenyataan mengesahkan Son telah pulang ke Korea Selatan manakala Bergwijn kembali ke Belanda dan bakal menyambut kelahiran anaknya.
Bergwijn telah pulih daripada kecederaan buku lali ketika aksi seri 1-1 Tottenham bertemu Burnley pada 7 Mac lalu, dan akan teruskan pemulihan di rumah keluarganya.
Manakala Son pula merakam sembilan gol dalam 21 aksi liga musim ini namun tidak beraksi sejak membantu kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa Februari lalu.
Dia mengalami keretakan di bahagian tangan kanan ketika bermain di Villa Park dan akan teruskan pemulihan di Korea Selatan. - Onefootball