suria

“Aguero lebih bagus berbanding Henry”- Shearer

Aguero antara ayam tambatan dalam skuad Manchester City.

ALAN Shearer telah memilih Sergio Aguero berbanding Thierry Henry dalam senarai 10 penyerang terbaik di EPL.

Penyerang Manchester City itu sedang menikmati musim yang cemerlang dengan gol ketika menentang Aston Villa pada Januari meletakkan dia sebagai pemain luar yang yang menjaringkan gol terbanyak dalam saingan itu dengan 175 gol.

Aguero juga telah memintas Alan Shearer sendiri dengan merekodkan sebanyak 12 hatrik sepanjang penampilannya di EPL.

Dengan saingan liga yang ditunda sehingga 30 April, pengacara di stesen televisyen telah memberikan pendapat masing-masing tentang pemain yang paling banyak memberi impak dalam saingan EPL.

Kedua-dua pengacara lain iaitu Ian Wright dan Gary Lineker meletakkan meletakkan Henry melebihi Aguero namun Alan Shearer berpendapat yang sebaliknya.

"Aguero baru berusia 32 tahun, dia masih lagi boleh menjaringkan dari kiri, kanan mahupun tengah.

"Hampir 180 gol dalam 260 penampilan sudah cukup untuk membuktikan dia yang terbaik.Saya suka kedua-dua mereka. Namun posisi peranan sebagai penyerang telah berubah.

"Anda perlu konsisten dalam setiap perlawanan dengan menjaringkan gol. Mereka berdua bukan sekadar penjaring gol yang hebat, malah mereka menjaringkan gol yang hebat," ujar bekas penyerang Newcastle dan England itu.

Aguero dikhabarkan akan kekal bersama Manchester City sekurang-kurangnya untuk semusim lagi memandangkan kontraknya masih terikat sehingga 2021. - Manchester Evening News

Artikel Lain