PEMAIN Real Madrid, Gareth Bale bersedia mengenepikan ego dan terus bermain di kelab itu di bawah kendalian Zinedine Zidane. Umum sedia maklum bahawa hubungan Bale dengan pengurus itu agak tidak baik sebelum ini. Malah, Zidane juga dikhabarkan sedia melepaskan Bale ke Liga Super China pada musim panas ini. Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila Bale dikatakan mahu kontraknya bersama Real Madrid berakhir pada Jun 2022, sebagaimana perjanjian sebelum ini. Dalam musim ini, Bale membuat 18 penampilan bersama kelab itu dan menyumbangkan tiga gol. - Daily Mail.