suria

Manchester United enggan guna 'wang rakyat' bayar gaji staf

Kelab Manchester United akan terus membayayar gaju penuh kepada semua staf bukan pemain seperti biasa.

MANCHESTER United tidak akan mengguna duit cukai untuk membayar gaji semua kakitangannya.

United mengikut jejak langkah Man City yang akan membayar gaji penuh bagi staf bukan pemain.

Manakala Liverpool dan Tottenham  dikritik kerana menggunakan duit kerajaan yang menyaksikan 80 peratus gaji dibayar sehingga 2,500 paun (RM10,945) bagi memastikan nasib semua pekerja terjamin berikutan krisis Covid-19.

United enggan mengulas mengenai perkara ini, namun Sportsmail mendedahkan bahawa kelab gergasi Liga Perdana Inggeris ini bakal memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa mereka akan terus kekal dan menerima gaji penuh tanpa meminta duit kerajaan.

Sumber memberitahu kelab akan memaklumkan perkara tersebut kepada semua stafnya minggu ini.

Ahad lalu, Man City mengumumkan mereka menghargai untuk membayar gaji semua stafnya dengan duit poket sendiri. – dailymail.co.uk

Artikel Lain