suria

Ighalo selesa di Manchester United kerana tiga 'abangnya'

Ighalo memeluk Mata dalam satu perlawanan sebelum ini.

ODION Ighalo berterima kasih kepada tiga 'abang'nya di Manchester United kerana membantunya untuk menyesuaikan diri di kelab tersebut.

Ighalo telah menjaringkan empat gol buat pasukan The Red Devils selepas tiba dari kelab China, Shanghai Shenhua.

Tiga orang individu yang dimaksudkan oleh penyerang berusia 30 tahun itu ialah David de Gea, Sergio Romero dan Juan Mata kerana menyambut kepulangan semulanya di EPL dengan baik.

"Saya mempunyai ramai kawan yang sangat membantu ketika di dalam bilik persalinan.

"Kali pertama saya memasuki bilik persalinan, wow! Terdapat dua tiga pemain yang menyambut kedatangan saya dan membuatkan saya begitu selesa.

"Saya juga dapat merasakan hubungan kami sudah seperti adik beradik selepas tiga hari berada di kelab tersebut dan juga rasa seperti sudah kenal mereka selama lima tahun.

"Terutamanya tiga pemain ini iaitu, Juan Mata, De Gea dan Romero kerana mereka boleh berbahasa Sepanyol," ujar pemain berusia 30 tahun itu.

Ighalo berhijrah ke Manchester United secara pinjaman pada Januari lalu selepas saingan Liga Super China ditunda berikutan wabak Covid-19. - DailyMail.co.uk

Odion Ighalo, Manchester United

Artikel Lain