JOSE Fonte memberitahu dirinya tidak terkejut sekiranya rakan sepasukannya di Portugal, Cristiano Ronaldo meninggalkan Juventus untuk menyertai semula Real Madrid. Sebuah laporan di Itali telah mengejutkan banyak pihak apabila Juventus bersedia melepaskan semula Ronaldo ke Real Madrid bagi mengurangkan beban kewangan kelab. Menurut Corriere dello Sport, kelab gergasi Serie A itu bakal menerima tawaran pemain yang bernilai £50 juta dan Real Madrid telah menunjukkan minat mereka. Semenjak beraksi di Itali, Ronaldo menjadi bualan penyokong selepas aksi cemerlangnya yang menjaringkan 53 gol dalam 75 penampilan bersama Juventus serta membantu kelab untuk munjul juara liga pada musim lalu. Namun, tidak dinafikan Ronaldo bakal pulang ke Real Madrid, ujar rakannya, Fonte. "Kita sendiri boleh lihat bahawa dia masih sayang akan Real Madrid. "Dia mempunyai ramai kawan ketika beraksi di Madrid dan sudah tentu mereka akan menerimanya kembali. "Saya tidak terkejut jika dia kembali beraksi buat Real Madrid pada musim hadapan," katanya. Ketika di Real Madrid, Ronaldo telah membantu kelab gergasi Sepanyol itu menjuarai lapan kejuaraan termasuk empat kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah. -talkSPORT