PEMAIN Juventus, Cristiano Ronaldo dilaporkan menggunakan kelengkapan ragbi dalam latihan menjelang musim liga Serie A.
Bola sepak Itali dijadualkan akan kembali menyambung perlawanan pada 20 Jun selepas tiga bulan perintah berkurung.
Ronaldo dipercayai berlari menggunakan kasut ragbi bagi memperhebatkan prestasi beliau di padang.
Menurut laporan Tuttosport, pemain berusia 35 tahun itu menggunakan kasut tersebut bagi membolehkan pergerakannya mencengkam rumput dan berlari laju.
Latihan kaedah baharu itu dilakukan sebelum perlawanan akhir dalam kempen 2019-2020.
Kapten Portugal itu dipercayai menggunakan but tersebut dengan bahan getah berbanding logam, yang bertujuan untuk membolehkan kelajuan dan fleksibiliti dipertingkatkan. - Mail Online
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!