suria

Polis tahan remaja hantar mesej berbaur ugutan, rasis kepada Wilfried Zaha

Wilfried Zaha menerima mesej berbaur ugutan dan rasis daripada seorang remaja berusia 12 tahun. Foto: Getty Images

SEORANG remaja lelaki berusia 12 tahun dari Solihull, Birmingham ditahan polis susulan menghantar mesej berbaur rasis kepada pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha.

Bintang Ivory Coast itu mendedahkan imej tangkapan skrin (screenshot) mesej yang diterimanya menerusi Instagram itu di laman Twitter.

Remaja lelaki itu yang menggunakan akaun jackdolan_avfc, mengirimkan Zaha foto Ku Klux Klan dan memberitahu pemain sayap itu supaya tidak menjaringkan gol pada perlawanan Crystal Palace menentang Aston Villa.

"Sebaiknya kamu tidak menjarinkan gol esok. Atau saya akan datang ke rumah anda berpakaian seperti hantu," tulis remaja berkenaan sambil mempersenda warna kulit Zaha.

Mesej itu dikirim pada malam aksi antara Crystal Palace menentang Aston Villa.

Perkongsian Zaha di Twitter menerima maklum balas netizen dan mereka mengecam mesej berbaur perkauman itu.

Polis West Midlands kemudian mengesahkan bahawa seorang remaja berusia 12 tahun telah ditahan pada tengah hari Ahad. - Metro.co.uk



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain