PEMAIN tengah Manchester United, Fred menunjukkan sisi romantiknya di media sosial. Bintang berusia 27 tahun itu menyertai pasukan Manchester United pada 2018, dan berkahwin dengan Monique Salum dan dikurniakan seorang anak lelaki. Fred meraikan ulang tahun perkahwinannya ke-2, dan berkongsi gambar-gambar majlis sambutan itu, termasuk hadiah-hadiah yang diberikannya buat isteri tercinta. Ini termasuk lukisan kanvas yang menunjukkannya sedang memakai jersi berwarna merah jambu. Monique juga membuat penghormatan untuk suaminya di media sosial, yang mana suaminya berlepas ke London bersama rakan sepasukan untuk perlawanan menentang Crystal Palace. Menerusi akaun Instagram, pemain itu menulis: "Saya cinta kamu. Hari ini kita telah berkahwin selama dua tahun dengan begitu banyak kegembiraan dan keseronokan. "Saya amat berbangga hidup di samping kamu. Terima kasih di atss segalanya yang kamu lakukan untuk kita dan keluarga kita. "Semoga Tuhan terus sentiasa memberkati dan memberi kekuatan kepada kamu," katanya. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!