SIAPA yang tidak teruja apabila terserempak dengan idola di depan mata?
Apatah lagi individu tersebut merupakan seorang bintang bola sepak antarabangsa yang menjadi kegilaan ramai.
Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan peminat teruja sebaik sahaja menyedari kelibat bintang Juventus, Cristiano Ronaldo berada di atas kapal layar berhampiran sebuah pantai peranginan.
Mereka kemudian beramai-ramai berenang menghampiri kapal Ronaldo sambil menyanyikan lagu.
Kekasih Ronaldo, Georgina Rodriguez sempat merakam detik-detik berkenaan dan memuat naik di laman Instagramnya.
Ronaldo menghabiskan masa menikmati percutian bersama keluarganya selepas Juventus meraih gelaran juara Serie A beberapa hari lalu.
Percutian pasangan ini turut disertai empat anak-anak mereka.
Ronaldo turut memuat naik foto percutian berkenaan di laman Instagramnya dengan kapsyen: "Tidak ada yang lebih baik daripada meraikan kemenangan anda dengan orang tersayang." - Thesun.co.uk
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!