suria

Teruja kemenangan Inter Miami ke atas Orlando City, Beckham tak perasan pegang bendera terbalik dengan rambut serabai

Gambar yang dimuat naik oleh David Beckham di laman Instagramnya. Foto: Instagram davidbeckham

BEKAS kapten England, David Beckham terlalu gembira apabila kelab miliknya Inter Miami berjaya menewaskan Orlando City dalam perlawanan pada Sabtu.

Inter Miami menewaskan Orlando City dengan jaringan 3-2.

Disebabkan terlalu teruja selepas Inter Miami mencatatkan kemenangan pertama dalam tempoh lima bulan, Beckham tidak perasan dia memegang bendera kelab tersebut secara terbalik.

Malah, dia juga tidak menyedari rambutnya kelihatan tidak kemas. Dia turut memuat naik gambarnya menerusi laman Instagram.

"Tidak dapat berada di sana untuk kemenangan pertama yang bersejarah di stadium kami tetapi tetap 'berada di sana dengan semangat'. Tahniah kepada kakitangan kami @alonsodt, pemain dan tentunya penyokong kami yang juga tidak dapat berada di sana. Sudah pukul 3 pagi, rambut tidak kemas, bendera terbalik tetapi tak peduli kerana kami menang," tulisnya pada kapsyen di laman sosial itu.

Beckham, 45, terlibat bersama Inter Miami pada 2014.

Dia kini menjadi pemilik bersama dan presiden kelab berkenaan. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain