suria

Barcelona tolak pertemuan dengan Messi, kecuali bincang kontrak baharu

Lionel Messi berhasrat untuk meninggalkan Barcelona. Foto Reuters

BARCELONA terus menolak untuk bertemu dengan pemain, Lionel Messi bagi membincangkan terma meninggalkan kelab itu.

Bagaimanapun, ia hanya mahu bertemu dengan legenda kelab itu untuk mengatur kontrak baharu.

Messi secara rasmi memberitahu Barcelona melalui burofax bahawa beliau ingin menggunakan klausa yang membolehkannya keluar secara percuma pada akhir musim, walaupun Barcelona dengan tegas menyatakan bahawa tarikh akhir untuk melakukannya telah lama tamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Manchester City mahu dapatkan Messi, Barcelona tuntut bayaran besar fi

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan berada di bawah kendalian Koeman, Messi suarakan hasrat tinggalkan Barcelona

Ketua-ketua Barcelona kini begitu tegas dalam kedudukan mereka sehingga tidak akan bertemu dengan Messi dan ejennya untuk perkara lain, selain komitmennya dengan Nou Camp, menurut laporan El Periodico di Sepanyol.

Satu-satunya pertemuan yang mungkin berlaku, kata sumber Barcelona, adalah melanjutkan kontrak yang kini mengikat Messi bersama kelab itu hingga 2021.

Dilaporkan bahawa Barcelona dan Messi mulai membincangkan hal tersebut pada Jun lalu, ketika bola sepak kembali aktif selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain