KONTRAK pelumba Formula 1 (F1) Lewis Hamilton bersama Mercedes bakal berakhir pada hujung tahun ini. Menurut bos pasukan F1 Mercedes, Toto Wolff, Hamilton perlu membuat keputusan menjelang tarikh itu demi kelangsungan kerjayanya. "Ia harus diputuskan pada musim ini. Kamu tak boleh mulakan tahun baharu tanpa mengetahui siapa barisan pelumba kamu," ujar Wolff. Difahamkan, Hamilton berkemungkinan kekal bersama pasukan itu, namun segalanya tidak mustahil. Dengan bayaran £40 juta (RM194 juta) setahun, Wolff menjanjikan bahawa dia akan terus diberikan jentera terbaik dengan gaji lumayan. - Express.UK. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!