XHERDAN Shaqiri disahkan positif Covid-19, demikian kata Persatuan Bola Sepak Switzerland yang mengesahkan perkara tersebut. Pengumuman tersebut menjadikan Shaqiri sebagai pemain Liverpool yang ketiga dijangkiti wabak tersebut, menyusul selepas Thiago Alcântara dan Sadio Mané. "Di dalam konsultasi dengan pihak berkuasa kesihatan, dia kini sedang menjalani kuarantin. "Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan mengenai bagaimana cara untuk memastikan pasukan bebas daripada pandemik ini," kata persatuan bola sepak berkenaan. Sebelum ini dua tonggak Liverpool, Alcântara dan Mané terlepas aksi menentang Aston Villa pada Isnin di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana, kerana sedang menjalani kerana dijangkiti Covid-19. - Theguardian.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!