suria

Fokus kerja berpasukan, Messi akui kurang ‘bernafsu’ mahu jaring gol untuk kepuasan sendiri

Messi bangga lihat ramai yang melakukan kerja kebajikan di Argentina dalam tempoh Covid-19 melanda.

USIA mematangkan kita.

Mungkin itulah juga kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan perubahan melibatkan pemain popular, Lionel Messi.

Menurut pemain berusia 33 tahun itu, dia kini lebih fokus untuk memberi sumbangan kepada pasukan berbanding jaringan peribadi untuk kepuasan sendiri.

"Kini saya kurang obses dengan jaringan gol. Saya cuba untuk memberi sumbangan sebanyak mungkin kepada usaha berpasukan," ujarnya kepada majalah Garganta Poderosa.

Dalam pada itu, Messi turut bercerita mengenai misi yang mahu dilakukannya dalam tempoh Covid-19 sedang melanda dunia.

"Dalam tempoh ini, kita harus kekalkan keperluan asas seperti air, bekalan makanan dan eletrik.

"Saya rasa bangga lihat ramai yang turut ikut serta kerja kebajikan untuk bantu komuniti di Argentina," ujarnya lagi. - Goal.Com.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain