suria

Tonggak pertahanan United, Telles disahkan positif Covid-19

Bintang Manchester United, Alex Telles disahkan positif Covid-19. Foto: AFP

PEMAIN pertahanan Manchester United, Alex Telles disahkan positif Covid-19, demikian kenyataan rasmi kelab gergasi Liga Inggeris itu menerusi Twitter.

Bagaimanapun, Telles tidak menunjukkan sebarang gejala dan dijangka akan kembali beraksi tidak lama lagi, kata pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Dia kini terpaksa menjalani kuarantin untuk tempoh beberapa hari.

Situasi itu menyebabkan Solskjaer tidak dapat menurunkan pemain dari Brazil berkenaan ketika The Red Devils melakar kemenangan bergaya 5-0 ke atas kelab Jerman, RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara di Old Trafford.

Sementara itu, Telles berterima kasih kepada semua pihak khasnya penyokong kelab berkenaan yang menghantar pelbagai kiriman mesej yang mengharapkan dia segera sembuh.

"Saya berada dalam keadaan sihat dan sedang menjalani kuarantin dan akan kembali segera bersama rakan sepasukan untuk memperkuatkan cabaran kelab. Terima kasih sekali lagi atas semua mesej yang dihantar kepada saya," kata bintang berusia 27 tahun berkenaan. - SCMP.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain