PEGUAM kepada Diego Maradona mengkritik ambulans yang didakwa mengambil masa lebih dari setengah jam untuk tiba di rumah legenda bola sepak itu pada Rabu selepas mendiang mengalami serangan jantung. Matias Morla yang juga ejen Maradona menyifatkan kelewatan tersebut sebagai 'kebodohan jenayah', katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter. Maradona, 60, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya, pada Rabu. Enam ambulans dilaporkan bertindak balas dan dikejarkan ke kediaman Maradona, tetapi semuanya memakan masa lebih dari 30 minit. Menurut Morla, dia akan meminta satu siasatan dilakukan mengenai kelewatan berkenaan. Maradona sedang berehat di kediamannya selepas dua minggu menjalani pembedahan otak, dan bertarung dengan beberapa masalah kesihatan dan penyalahgunaan bahan terlarang. Dihormati di Argentina dan di seluruh dunia sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang masa, kematian Maradona ditangisi ramai. "Rehatlah dengan tenang, saudara," Morla mengakhiri kenyataan itu. - Nydailynews Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!