suria

Gempar perlawanan Manchester City ditunda, sekurang-kurangnya 7 pemain positif Covid-19

Skuad Pep Guardiola menangguhkan perlawanan dan latihan susulan beberapa pemain disahkan positif Covid-19. -foto AP

MUSIM Manchester City mencetuskan kekecohan susulan gelombang kedua Covid-19 yang berlaku di kelab itu.

Perlawanan di Everton ditunda selepas lima lagi pemain disahkan positif Covid-19.

Pengurus Etihad digesa untuk menutup pusat latihan kelab itu, dan menangguhkan latihan serta-merta selepas penularan virus berkenaan.

Kesemua yang disahkan positif jangkitan itu akan menjalani kuarantin, sekurang-kurangnya selama 10 hari.

Ia susulan Kyle Walker, Gabriel Jesus dan beberapa kakitangan lain disahkan positif Covid-19 pada Hari Krismas, 24 jam sebelum kemenangan tuan rumah ke atas Newcastle.

Skuad di bawah bimbingan Pep Guardiola dijadualkan tidak berlatih pada Selasa, dan akan menjalani satu lagi ujian saringan Covid-19. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Renan Alves kekal bersama Kedah?

Artikel Lain