LEGENDA Formula 1 (F1) Martin Brundle membuat ramalan bahawa Lewis Hamilton akan bersara tidak lama lagi. Menurut Brundle, Hamilton sudah merekodkan tujuh kejuaraan di peringkat dunia setakat ini. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar juara di litar, fesyen Lewis Hamilton terima pujian ramai Jelasnya, dia beranggapan pelumba berusia 35 tahun itu akan bersara selepas dia melengkapkan 10 kejuaraan dunia. "Pada saya, dia tiada persaingan selepas Nico Rosberg bersara," ujarnya sambil memuji motivasi dan prestasi pelumba itu. Tambahnya, bukan mudah untuk mengekalkan kejuaraan selepas Hamilton mencapai populariti di peringkat global. "Prestasinya cukup hebat. Begitu juga dengan motivasinya. "Apabila kamu sudah mencapai kejayaan, trofi dan wang, amat hebat jika dapat mengekalkan motivasi," ujar Brundle lagi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!