"SAYA sakit tetapi ok. Anda tahu saya tak suka beramah mesra tetapi apabila saya bersama orang baik, saya tiada masalah.' Demikian antara bait-bait kata Diego Maradona yang sempat berjenaka menerusi satu video walaupun ketika itu dia sedang dalam keadaan lemah. Maradona yang masih berbalut kepala selepas menjalani pembedahan darah beku di otak, berkata mesej tersebut adalah untuk pemain bola sepak Argentina yang telah pun bersara dan mempunyai nama hampir sama dengan doktor peribadinya yang kontroversi, Leopoldo Luque. Sambil menikmati sup bersama bekas teman wanitanya, Veronica Ojeda yang merakam video terbabit, dia berkata: 'Ciuman untuk Luque. Leopoldo Jacinto Luque, ' membuatkan Veronica ketawa. Video tersebut dirakam beberapa hari sebelum dia meninggal dunia pada 25 November lalu. Ia di saluran televisyen Chronicle yang menyifatkannya sebagai gurauan terakhir Maradona. - Varietyinfo.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!