KIRA-KIRA 10,000 peminat bola sepak akan dibenarkan menonton perlawanan di stadium, susulan kerajaan United Kingdom mula beransur-ansur melonggarkan sekatan peraturan Covid-19. Perdana Menteri, Boris Johnson pada Isnin menggariskan beberapa peraturan yang diberi kelonggaran, dengan antaranya membenarkan kemasukan penonton ke stadium. Dengan pengumuman tersebut, ini bermakna peminat bola sepak dapat menonton Liga Perdana sebelum akhir musim. Kerajaan akan membenarkan sehingga 10,000 penonton - atau kapasiti satu perempat stadium yang mempunyai kurang daripada 40,000 penonton, untuk menonton perlawanan berkuat kuasa dari 17 Mei depan. Hari terakhir musim Liga Perdana dijadualkan berlangsung pada 23 Mei, bermakna ribuan penyokong dapat melihat pasukan mereka beraksi sebelum kempen berakhir. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!