suria

Rebecca Welch lakar sejarah jadi pengadil wanita pertama EFL

Rebecca Welch berpengalaman sebagai pengadil selama 11 tahun. foto PA

REBECCA Welch melakar sejarah pada Isnin apabila menjadi wanita pertama menjadi pengadil perlawanan Liga Bolasepak England (EFL) ketika kelab Harrogate menentang Port Vale.

Welch mengendalikan perlawanan Liga Dua dengan pengalaman sebagai pengadil 11 tahun, dan selama ini beliau mengadili sejumlah perlawanan wanita berprofil tinggi, termasuk final Piala FA.

Beliau baru-baru ini dinaikkan pangkat ke kategori pegawai elit Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), dan dipilih untuk perlawanan di Wetherby Road oleh ketua pengadil, Mike Riley dan Mike Jones.

Bercakap menjelang perlawanan itu, Welch berkata: "Ketika saya memutuskan untuk menjadi pengadil 11 tahun lalu, saya tidak tahu saya akan menjadi wanita pertama di EFL, bahkan tidak terlintas dalam radar saya!

"Saya selalu mengatakan sepanjang promosi saya, saya mahu dinaikkan pangkat berdasarkan prestasi, bukannya perkara lain.

"Saya percaya bahawa dalam 10 hingga 15 tahun akan datang, kita akan melihat pengadil wanita di Liga Perdana Inggeris (EPL)," katanya.

Sementara itu, Ketua Persatuan Pengadil, Paul Field pula berkata: "Setiap langkah harus positif. Saya harap perjalanan lancar untuknya pada perlawanan pertamanya di EFL, dan dia mengendalikan permainan yang bagus.

"Dia akan mendapat sokongan yang maksimum daripada semua orang. Langkah ini yang hanya dapat meningkatkan penglibatan wanita muda dalam permainan," ujar Field. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain