BARCELONA menerbitkan foto rasmi skuad berkenaan untuk musim 2020/21 pada Selasa menerusi saluran rasmi mereka. Foto tersebut merangkumi keseluruhan skuad pasukan pertama, staf pelatih dan presiden Barcelona yang baharu dipilih, Joan Laporta. Namun, apa yang paling mencuri tumpuan ramai adalah aksi yang dilakukan oleh Gerard Pique di mana jelas kelihatan membuat isyarat tangan yang berlainan daripada rakan sepasukannya. 'Pose' isyarat tangan yang serupa pernah dilakukan Neymar pada foto musim 2014/15 dan Ronaldinho pada musim 2005/06. Ramai mentafsir 'pose' tersebut sebagai isyarat untuk Neymar yang juga bekas rakan sepasukannya, memandangkan khabar angin bertiup kencang mengatakan bintang Brazil itu akan kembali semula ke Barcelona. Pique sebelum ini pernah meminta Neymar kekal di Barcelona, sebelum perpindahan pemain tersebut ke Paris Saint-Germain (PSG). - Footballespana.net Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!