PENINJU Amerika Syarikat, Jake Paul menafikan dia melakukan serangan seksual sebagaimana didakwa oleh seorang gadis. Paul yang kini dalam persiapan menjelang perlawanan tinju ketiga menafikan dakwaan yang dibuat oleh bintang TikTok berusia 24 tahun itu. Dakwa gadis itu, kejadian berlaku di kediaman Paul di Los Angeles pada tahun 2019. Dalam pada itu, Paul tampil memberi penjelasan menerusi Twitter kepada 3.8 juta pengikutnya. "Tuduhan serangan seksual bukan sesuatu yang saya ambil ringan. "Tapi saya yakin dakwaan ini palsu 100 peratus," ujarnya. Malah, Paul bercadang membawa kes fitnah itu ke muka pengadilan. Selain sukan tinju, Paul juga merupakan seorang YouTuber dan penyanyi rap. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!