WANITA yang mendakwa dirinya dirogol Cristiano Ronaldo, membuat tuntutan ganti rugi sebanyak £56 juta (RM320 juta). Dokumen mahkamah terbaharu menunjukkan jumlah yang dituntut oleh bekas model, Kathryn Mayorga selepas mendakwa pemain itu melakukan serangan seksual di sebuah bilik hotel di Las Vegas, selepas satu pertemuan pada 2009. Wanita itu menuntut ganti rugi 'kesakitan dan penderitaan lampau', ganti rugi 'kesakitan dan penderitaan akan datang' dan ganti rugi lain, masing-masing berjumlah £18 juta (RM103 juta). Peruntukan itu juga membabitkan sejumlah £1.4 juta (RM8 juta) dengan fi guaman £1.1 juta (RM6.29 juta), menjadikan jumlah keseluruhan £56.5 (RM323.23 juta). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Jumlah tersebut menyamai pendapatan bintang Juventus itu selama dua tahun. Ronaldo bagaimanapun menafikan dakwaan serangan terhadap Mayorga di sebuah hotel di Las Vegas, 10 tahun lalu. Pada 2010, wanita itu menerima £270,000 (RM1.54 juta) sebagai sebahagian daripada penyelesaian di luar mahkamah. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!