suria

Georgina ‘terbang’ ke Paris, peminat buat spekulasi Ronaldo bakal sertai PSG

Peminat membuat spekulasi Ronaldo bakal menyertai PSG selepas Georgina memuat naik gambar menaiki jet ke Paris.

TEMAN wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez menaiki jet peribadi ke Paris pada Selasa, sekaligus menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat yang meneka bintang Juventus itu bakal berhijrah menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

Laporan mendakwa Ronaldo, 36, sudah bersedia meninggalkan Juventus sekiranya skuadd tersebut gagal beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Gergasi Serie A dilihat seperti terpaksa akur apabila gagal mempertahankan kejuaraan kepada Inter Milan.

Superstar Portugal itu berkata dia mempertimbangkan perpindahan ke PSG yang dikendalikan Mauricio Pochettino.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Georgina seolah-olah menguatkan lagi spekulasi berkenaan selepas memuat naik gambar di Instagram yang menunjukkan dia menaiki sebuah jet peribadi di ibu kota Perancis.

"Bonjour Paris," tulisnya ringkas sebagai kapsyen kepada gambar tersebut.

Penyokong pula pantas membuat tafsiran ia sebagai tanda kecenderungan Ronaldo untuk bergandingan dengan Neymar dan Kylian Mbappe. - Thesun.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain