JENS Lehmann dipecat oleh kelab Bundesliga, Hertha Berlin selepas mesej berbaur perkauman yang dihantarnya melalui aplikasi WhatsApp, menjadi tular. Bekas penjaga gawang Gunners itu mengirim mesej kepada bekas pertahanan Jerman, Dennis Aogo semasa pertembungan antara Manchester City dan PSG pada Selasa. Lehmann, 51, secara tidak sengaja menghantar pesanan WhatsApp kepada Aogo dengan bertanya,"Adakah Dennis sebenarnya lelaki kulit hitam?" Aogo, 34, yang menjadi hos ketika separuh akhir Liga Juara-Juara sempat menangkap layar (screenshot) mesej berkenaan dan memuatnaik di laman sosial, Instagram. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Lehmann kemudian segera meminta maaf di atas tindakannya itu namun dia tetap dipecat daripada jawatannya sebagai Ahli Lembaga Penyelia Hertha Berlin. Presiden Hertha Berlin, Werner Gegenbauer dalam satu kenyataan berkata: "Kenyataan seperti itu sama sekali tidak mewakili nilai-nilai yang diperjuangkan oleh Hertha BSC," ujarnya. - Thesundaily.co Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!