BINTANG Liverpool, Virgil van Dijk mengesahkan dirinya tidak akan beraksi bersama skuad Belanda di Euro 2020 musim panas ini. Pemain berusia 29 tahun itu sedang menjalani fasa pulih daripada pembedahan setelah mengalami kecederaan ligamen lutut pada Oktober. "Saya rasakan ia adalah keputusan yang tepat di mana saya memutuskan untuk tidak beraksi di Euro dan memasuki fasa pemulihan terakhir saya di luar musim," kata kapten Belanda itu. "Ini sukar, tapi saya menerimanya," katanya lagi. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Euro 2020 akan berlangsung bermula 11 Jun hingga 11 Julai, selepas ditangguhkan selama setahun kerana Covid-19. - BBC.Com Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!