TOTTENHAM Hotspur dan Mauricio Pochettino dikatakan sedang mengadakan perbincangan mengenai peluang untuk pengendali dari Argentina itu kembali semula bersama kelab Inggeris berkenaan. Pochettino, 49, kini mengendalikan Paris Saint-Germain dan dilantik sebagai pengurus pasukan Ligue 1 pada Januari setelah dipecat Spurs pada November 2019. Pengerusi Spurs, Daniel Levy dikatakan sangat menyesali keputusan memecat Pochettino dan ingin membawanya kembali ke kelab. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Athletic melaporkan bahawa Pochettino juga berminat untuk kembali ke Spurs, di mana dia menghabiskan masa sebagai pemain antara tahun 2001 dan 2003. Pochettino masih mempunyai satu tahun kontrak di PSG dan walaupun gagal memenangi Ligue 1 musim ini, mereka tidak mahu kehilangannya sebagai pengurus. Itu tidak menjadikan kepulangan Pochettino ke Spurs sebagai sesuatu mustahil, tetapi akan memaksanya untuk mengundurkan diri sekiranya dia ingin kembali ke kelab Inggeris berkenaan. - Metro.co.uk Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!