BINTANG Liverpool, Georginio Wijnaldum sah menyertai Paris Saint-Germain(PSG). Pemain tengah Belanda itu berhijrah dari Liverpool ke kelab Ligue 1 dengan perjanjian selama tiga tahun. Wijnaldum, 30, adalah pemain bebas dengan kontraknya di Anfield tamat pada hujung bulan ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ia bermakna penyertaan pemain itu tidak membabitkan sebarang yuran perpindahan. "Menyertai Paris Saint-Germain adalah cabaran baru bagi saya," kata Wijnaldum. "Saya menyertai salah satu pasukan terbaik di Eropah dan saya bertekad untuk membawa impian dan kesungguhan untuk bersama-sama pasukan ini," katanya. - Skysports.com Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!