suria

Kes bunuh pemain bola sepak dengan kemaluan dipotong diselubungi misteri

Cebisan kemaluan mangsa ditemui pada sebatang pokok. foto Curitiba Civil Police/FocusOn News

KEMATIAN seorang pemain bola sepak warga Brazil dengan penemuan cebisan kemaluannya pada sebatang pokok terus diselubungi misteri.

Bintang Sao Paulo, Daniel Correa Freitas ditemui mati dalam belukar pada 27 Oktober 2018, di Sao Jose dos Pinhais di Brazil.

Dalam kejadian tiga tahun lalu, leher mangsa bukan sahaja dikelar, malah kemaluannya turut dipotong.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, mahkamah memutuskan tujuh individu akan dihakimi oleh penjurian, sebagaimana yang dilaporkan oleh Globo.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Laporan itu menyatakan bahawa lima defendan berdepan dengan tuduhan pembunuhan, termasuk Edison Brittes Junior, di mana pada 2018 didakwa mengaku terlibat dalam pembunuhan.

Isterinya, Cristinaa Brittes turut berdepan pelbagai pertuduhan termasuk pembunuhan, penipuan prosedur, rasuah dan pemerasan sepanjang proses tersebut.

Jenayah membabitkan sekumpulan individu dalam kejadian tragis tiga tahun lalu, terus diselubungi misteri.

Sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan mengambil gambar bersama Cristiana yang sedang tidur, sebelum membuat perkongsian foto tersebut bersama rakan-rakan di aplikasi grup WhatsApp.

Menurut siasatan, Edison bersama tiga rakannya didakwa memukul Correa, menyimpannya dalam but kereta dengan tujuan membunuhnya.

Correa kemudian dibunuh dan ditemui mati dalam belukar, dengan kemaluannya dipotong yang ditemui pada sebatang pojok.

Dilaporkan, pasukan perubatan tidak dapat mengenal pasti sama ada dia dibunuh sebelum atau selepas lehernya dikelar. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan