suria

Depay sah sertai Barcelona hujung bulan ini

Depay akan menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Barcelona.

BARCELONA mengumumkan menandatangani penyerang Lyon, Memphis Depay yang akan menyertai mereka selepas kontraknya bersama kelab tersebut tamat, hujung bulan ini.

Depay, yang menyertai Lyon dari Manchester United pada 2017, akan menandatangani kontrak selama dua tahun dengan kelab Sepanyol tersebut.

"FC Barcelona dan Memphis Depay mencapai persetujuan menyertai kelab selepas kontraknya dengan Olympique de Lyon berakhir. Beliau akan menandatangani kontrak sehingga hujung musim 2022/23," demikian menurut kenyataan rasmi Barca.

Depay adalah pemain ketiga menyertai kelab itu secara perpindahan percuma pada musim panas ini selepas kehadiran Sergio Aguero dan Eric Garcia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Barcelona terpaksa mensasarkan pemain secara perindahan percuma kerana beban hutang yang ditanggung, sebahagiannya disebabkan oleh situasi kewangan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pemain berusia 27 tahun itu kini mewakili Belanda untuk aksi Euro 2020. - Skysport

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Memphis Depay, Barcelona, Lyon

Artikel Lain