JUARA dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton tampil dengan gaya rambut baharu, beberapa jam sebelum tiba di Styrian Grand Prix untuk sesi latihan pada Jumaat. Hamilton memuat naik imej terbaharunya itu menerusi Instagram Story. Gaya rambut 'dreadlock' dan kemudian ditocang dua, mengingatkan kepada imej rapper Amerika era 90-an, Coolio. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Coolio atau nama sebenarnya Artis Leon Ivey Jr. cukup terkenal pada pertengahan 90-an dengan lagu R&B 'Gangsta's Paradise', namun yang pasti penampilannya yang unik lebih mencuri tumpuan. Gaya rambut 'dreadlock' Coolio menjadi sinonim dengan dengan imej rapper. Hamilton kini berada di Austria untuk beraksi di Grand Prix Austria. - Dailystar Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!