suria

Tottenham akhirnya lantik pengurus baharu

Nuno dilantik sebagai pengurus baharu selepas 72 hari pemecatan Mourinho. foto twitter/Tottenham

TOTTENHAM mengakhiri pencarian pengurus baharu selepas mengesahkan pelantikan Nuno Espirito Santo bagi menyandang jawatan itu.

Berita itu diumumkan 72 hari selepas pemecatan Jose Mourinho sebagai pengurus kelab tersebut, April lalu.

Nuno yang merupakan bekas pengurus Wolves diumumkan sebagai ketua jurulatih Spurs menerusi kontrak sehingga 2023.

Spurs memilih Nuno selepas beberapa rundingan dengan beberapa pengurus lain gagal dicapai untuk pemilihan jawatan tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, bekas pengurus, Mauricio Pochettino, Antonio Conte dan Gennaro Gattuso antara disebut-sebut untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Nuno yang berusia 47 tahun berjanji untuk memberi peluang kepada semua pemain bagi memperbaiki diri mereka.

Selain Wolves, kelab yang pernah diuruskan Nuno adalah Valencia, Rio Ave dan Porto. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain