suria

Bakal beraksi di Olimpik Tokyo, pelari Jerman digelar atlet paling seksi di dunia

Selepas diumum terpilih ke Olimpik, dia ternyata gembira dan turut berkongsi mengenainya ke Instagram.

PELARI Jerman, Alica Schmidt dijangka menjadi perhatian ramai di Temasya Olimpik Tokyo, Jepun tidak lama lagi.

Berusia 22 tahun, dia sebelum ini pernah diberi gelaran sebagai atlet paling seksi di dunia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Di kejohanan yang dijangka berlangsung tidak lama, dia akan berentap untuk pasukan wanita dalam acara 4 X 400.

Dia juga pernah meraih pingat perak ketika Kejohanan Atletik Eropah bawah 20 tahun pada 2017.

Selepas diumum terpilih ke Olimpik, dia ternyata gembira dan turut berkongsi mengenainya ke Instagram.

"Tokyo sedang memanggil. Saya akan ke Olimpik, " ujarnya menerusi kapsyen. - Daily Star.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain