suria

Beberapa kali ramalan tepat, pasukan mana pula jadi pilihan anjing laut ini rangkul juara Euro 2020?

Anjing laut bernama Banana sekali lagi membuat ramalan untuk aksi final Euro 2020. Foto: SWNS

SEEKOR anjing laut meramalkan gelaran juara Euro 2020 bakal dirangkul oleh England.

England akan beraksi menentang Itali di Stadium Wembley, awal pagi ini (waktu Malaysia).

Banana, anjing laut berusia tiga tahun, sebelum ini telah mengejutkan penjaganya di The Cornish Seal Sanctuary dengan ramalan luar biasa bagi setiap perlawanan membabitkan England setakat ini, termasuk perlawanan separuh akhir menentang Denmark.

Dan terbaharu menjelang aksi final Euro pada Isnin, Banana sekali lagi menjadi tumpuan untuk meramalkan pasukan mana yang bakal merangkul gelaran juara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Untuk mengumpan Banana, penjaga di santuari itu memegang ikan bersebelahan dengan bendera Itali dan England.

Haiwan itu tetap memilih 'England' biarpun diumpan ke arah yang berbeza.

Lebih 60, 000 penyokong akan memenuhi Stadium Wembley untuk menyaksikan final Euro 2020, kejohanan yang ditangguhkan kerana Covid-19 sebelum ini. - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain