LIONEL Messi baru-baru ini menggembirakan seorang datuk dengan berterima kasih di atas sokongan yang diberikan. Datuk berkenaan dihargai kerana merekodkan setiap gol yang dijaringkan Messi buat kelab Barcelona dan skuad kebangsaan pemain itu, Argentina. Don Hernan yang berusia 100 tahun itu mengikuti perkembangan dan pencapaian Messi, 34, dengan tulisan tangan menggunakan pen dan kertas. Cucu Hernan, Julian Mastrangelo membuat perkongsian mengenai datuknya di TikTok sehingga menjadi tular. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Hernan merupakan penyokong Messi, malah sering bertanya sama ada pemain itu menjaringkan gol sekiranya dia terlepas mengikuti perlawanan Barcelona dan Argentina. Menerusi satu video, Messi mengucapkan terima kasih kepada Hernan di atas sokongannya. "Hello Hernan. Kisah anda buat saya terharu," kata Messi. "Saya tak sangka anda mencatatkan setiap gol saya dengan cara begitu, dan saya mahu berterima kasih atas apa yang anda lakukan, di atas usaha keras anda," katanya. - Mail Online Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!