ARSENAL berdepan dengan penularan Covid-19 dalam kem pasukan sekaligus terpaksa membatalkan penyertaan untuk aksi jelajah pra-musim kedua ke Amerika Syarikat. The Gunners sepatutnya beraksi untuk Piala Florida yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini. Bagaimanapun, keputusan menarik diri terpaksa dilakukan selepas beberapa pemainnya dijangkiti Covid-19. Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, pemain yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala tetapi kini sedang menjalani kuarantin. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kami memahami sepenuhnya kekecewaan penyokong kami di Amerika yang tidak sabar untuk melihat kami beraksi di Piala Florida. "Permohonan maaf ini juga kami sampaikan kepada pihak penganjur Piala Florida yang telah melakukan tugas yang hebat untuk membuat persiapan," kata kelab itu dalam satu kenyataan. The Gunners dijadualkan beraksi menentang Inter pada 25 Julai. Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Football Italia melaporkan Inter juga bakal menarik diri kerana khuatir dengan peningkatan kes varian Delta di Florida. - Talksport.com Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!