KEKALAHAN regu campuran negara Peng Soon-Liu Ying ternyata mengecewakan ramai peminat sukan badminton tanah air untuk melihat Malaysia layak ke suku akhir Olimpik Tokyo 2020. Ini kerana regu itu sudah tewas dua perlawanan dalam peringkat kumpulan iaitu kepada Hong Kong dan Jerman. Peng Soon-Liu Ying akan menamatkan cabaran mereka di Olimpik dengan bertemu pasangan nombor tiga dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping, esok. ARTIKEL BERKAITAN: Hebat di gelanggang, dekat di hati orang kampung! Bantu pelajar kurang berkemampuan di Bukit Mertajam, Chong Wei disifatkan pemurah, baik hati ARTIKEL BERKAITAN: Chong Wei tetap semangat laksana tugas sebagai Chef De Mission walaupun dari tanah air Namun itu bukan perkara paling menyedihkan buat negara, sebaliknya sikap penyokong kita sendiri yang secara membuta tuli menghamburkan cacian dan makian di media sosial. Hal ini diluahkan sendiri Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 Datuk Lee Chong Wei yang berasa sedih dengan komen-komen negatif yang dilemparkan secara dalam talian terhadap pemain badminton negara. View this post on Instagram A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) “Saya amat terasa... Apa yang mahu saya katakan ialah, saya kenal mereka. Mereka turun ke gelanggang dengan hanya satu tujuan, satu sasaran. "Untuk menang perlawanan demi bendera di dada, untuk buatkan kita bangga. “Tiada atlet yang mahu kalah. Tetapi itu lah kenyataan, setiap perlawanan, pasti ada yang kalah, ada yang menang. Kadang-kadang ia bukan hari kita. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Yang layan depan TV pun dah kena sakit dada dan kecewa, apatah lagi pemain dalam gelanggang? Bukankah kita sepatutnya terus menyokong mereka? “Tiada siapa yang mahu turun gelanggang dan kalah. Pemain-pemain ini pernah bawakan kegembiraan. "Jangan kutuk dan tinggalkan mereka apabila mereka kalah satu perlawanan. "Sokonglah mereka. Sokong Malaysia. Nota: Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, pemain muda, saya bangga terhadap kami. "Rakyat Malaysia yang sejati, bangga dengan anda,” kataya dalam akaun media sosialnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!